Friday 23 December 2011

Oh! Permata

Permata Yang Dicari
Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa...

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh ,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk...

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa...

Engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

[Dehearty]

Lagu di atas ditujukan khas kepada wanita Muslim. Yang mana ia mempunyai maksud yang tersirat apabila kita hayati dan amati lirik lagu ini. Islam menjunjungi tinggi martabat wanita. Oleh sebab itulah wanita mendapat hak yang sempurna di dalam Islam sesuai dengan fitrah yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Dan tiada lagi kekurangan malah banyak kelebihan.
                Walaubagaimana sekali pun, wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu berbanding lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan di setiap ciptaanNya berpasang-pasang. Oleh itu, wanita diciptakan untuk lelaki bagi menjadi pendamping dalam kehidupan. Dan lelaki  telah diamanahkan untuk memimpin wanita disebabkan sifatnya yang lembut. Namun apa yang berlaku pada hari ini ialah wanita dilihat seperti tiada harga diri apabila banyak menimbulkan masalah yang bertentangan dengan Islam. 

Kes pelacuran

Pembuangan Bayi (anak luar nikah)

Pengkid

Sister in Islam (SIS)


Kesemua masalah sosial diatas melibatkan kaum wanita. Dan banyak lagi kes-kes yang melibatkan wanita. Mengapa mereka sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang telah terang dan jelas salah di sisi Islam? apakah kerana mereka kekurangan Ilmu agama? Dan sekiranya mereka kekurangan Ilmu agama di mana pemimpin mereka ( lelaki )untuk memperbetulkan kesilapan yang mereka lakukan? Tetapi bagaimana pula dengan Persatuan yang perjuangkan hak wanita tetapi menyeleweng daripada hukum Allah? Adakah kerana lelaki-lelaki tersebut telah dayus sehingga memandang semua ini sebagai sesuatu perkara yang remeh?
Wahai wanita sedarlah, bahawa Islam itu indah. Tiada ertikata pilih kasih dalam penciptaan Yang Maha Esa. Dialah yang Maha Mengetahui disebalik apa yang diciptakan. Oleh itu marilah kita sama-sama menambahkan ilmu untuk berusaha menentang masalah yang berlaku. Ini kerana wanita itu sama, dan hanya wanita sahaja merasai apa yang dirasakan oleh wanita. Akhir kalam Tambah Ilmu Mantapkan Iman


No comments:

Post a Comment