Friday 6 January 2012

Aku Tak Sanggup Lah !!!!!!!

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Allah menciptakan manusia untuk menjadi hamba dan Khalifah dimuka bumi untuk mereka mentadbir sebaik mungkin berlandaskan syiar-syiar Islam. Di samping itu juga Allah menjuga setiap hambanya untuk mengukur sejauh mana keimanan hamba-hambaNya. Maka di sinilah hambaNya perlu wujud perasaan sabar dalam diri di atas setiap dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Terkadang manusia alpa sehingga mereka diuji bagi menyedarkannya tentang tujuan hidupnya. Sehingga ada yang merungut mengapa dia diuji sedemikian rupa. Sebagai contoh seorang pelajar merungut mengapa masalah air berlaku dikala waktu peperiksaan kenapa sebelum atau selepas peperiksaan. Masalah air membuatkan diri dia kacau dan risau untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan diduduki. Maka di situ wujud persoalan :

KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Diciptakan bersama kita adalah nafsu. Kita tidak boleh hidup tanpa nafsu. Nafsu sentiasa meminta dan tidak terbatas sedang semua hal di dunia ini adalah terbatas. Nafsu juga merupakan keinginan dalam diri, maka kita berdoa kepada Allah supaya keinginan kita sentiasa dapat ditunaikan. Dan apabila impian dan permintaan kita tidak ditunaikan maka wujud pula persoalan ini :

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216.

Maka akibat dari kita tidak mendapat apa yang kita hajati, kita merasa teramat kecewa dan merasakan ia merupakan sesuatu perkara yang sangat berat. Ujian yang terlalu beban untuk kita tanggung. Mengapa kita bukan orang lain?. Kita tidak mampu untuk menahan ujian seberat itu. Dan dalam diri kita wujud persoalan :

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” -Surah Al-Baqarah ayat 286

AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA !

LANTAS AL-QURAN MENJAWAB
“……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

Dan saat itu kita merasa tersangat kecewa dan frust kerana kita mendapat ujian sebegitu berat. Apatah lagu jika ujian itu mengenai hati dan perasaan kita. Mengenai cinta yang selama ini kita jaga akhirnya putus ditengah jalan. Dan kita mula berptus asa sehinggakan sanggup untuk mencari ajal sedangkan ajal itu belum tiba. Dan soalan ini perlu wujud dalam diri kita :

KENAPA RASA FRUST ATAU SANGAT KECEWA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yg beriman.” -Surah Al-Imran ayat 139




Jika kita seseorang yang patuh akan agama Allah, maka kita tidak akan pernah sanggup untuk mencari ajal sebelum pada waktunya. Sebaliknya kita cuba untuk menyelesaikan sebaik mungkin.  Menahan diri dari segala hasutan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa cuba untuk menjerumuskan kita ke lembah noda. Dan soalan ini perlu ada  dalam diri :

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45

Dan hanya Allah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu perasaan. Kerana hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk mengawal diri kita kerana Dia pencipta Yang Agung. Kita perlu untuk memuhasabah diri di atas kejadian yang menimpa kita. Apa yang kita perolehi dari Ujian yang Allah berikan



APA YANG AKAN AKU PEROLEHI DARI SEMUA INI?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diridan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? -Surah At-Taubat ayat 111

Dan dari itu, kita tanya diri, pada siapakah selama ini kita bergantung harap?  Tempat mengadu yang mana sekiranya kita bersungguh-sungguh Dia mampu untuk memberikan harapan itu kembali. Harapan yang mungkin akan membawa sinar bahagia dalam diri. Dan soalan ini yang sesuai

KEPADA SIAPA HARUS AKU LETAKKAN HARAPAN ?

AL-QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubat ayat 129

Sesungguhnya Allah swt. itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Oleh itu marilah kita menjadi hamba yang bersyukur, bersabar dan sentiasa redha dalam setiap keadaan, sama ada senang atau susah. Semoga Allah swt. akan memberikan balasan yang tidak tergambar indahnya di akhirat kelak… InsyaAllah. Tatkala kamu menghadapi kesusahan, ingatlah sesungguhnya ada ramai lagi orang yang menderita dengan kesusahan yang lebih dahsyat dari kita, dan tatkala kita mengalami kesenangn pula, ingatlah yang segalanya datang dari Allah swt dan ianya boleh hilang bila-bila masa sahaja. Segala puji bagi Allah swt pemilik sekalian alam ini.

Wednesday 4 January 2012

Tahun Baru Isu Baru.

Tahun Baru adalah tahun yang sentiasa di nanti-nantikan oleh setiap golongan masyarakat tidak kira apa juga lapisan umur. Mereka beranggapan bahawa tahun baru adalah majlis atau keraian yang sangat meriah kerana terdapatnya bunga api yang sangat menarik dan jarang sekali di jumpa pada hari biasa. Ini kerana setiap Negara akan memperuntukkan dan membelanjakan berjuta ringgit untuk membeli bunga api yang akan diletupkan khas pada hari yang indah itu. Tidak kurang juga tahun baru dianggap sebagai masa untuk memperbaharui azam untuk semangat yang akan datang. Tidak kira sama ada azam pada tahun yang telah ditanamkan berjaya dilaksanakan atau tidak. Apa yang penting mereka mempunyai azam baru sempena tahun baru. Apa yang ingin saya kongsikan adalah adakah mereka mengambil kesempatan untuk merenung dan memuhasabah diri pada masa kini yang juga merupakan akhir zaman. Sedang mereka  asyik meraihkan hari mempesonakan dengan pelbagai jenis bunga api yang sangat indah.



Bunga Api di Sidney dalam Pesta Kembang Api 

Bunga Api di Jakarta juga meriah kelihatan di Monas



Suasana Bunga Api di Kuala Lumpur



Akibat dari keindahan yang sementara dan tidak kekal lama mereka lalai dan terlupa perkara yang jauh lebih penting dari menyambut tahun baru dengan keindahan bunga api.Tapi sejauh manakah kita menghayati akan keindahan Anugerah Allah yang besar Hikmahnya iaitu Al-Quran. Di dalam Kitab Agung ini menceritakan segala perkara mengenai dunia. namun kitab inilah yang juga jarang disentuh dan di buka oleh kebanyakkan induvidu alasannya tidak pandai membaca. Pada hari ini manusia lagi gemar membaca cerita-cerita dan akhbar untuk mengetahui hal yang berlaku dan bagi menambah ilmu sedangkan kebanyakkan sumber bacaan yang di pilih adalah di dalam bahasa Inggeris. dan mengapa mereka mampu menguasai bahasa itu berbanding bahasa syurga yang terdapat di dalam Al-Quran. Apakah mereka sebenarnya sememangnya melebihkan duniawi berbanding ukhrawi?. 

Maka wahai sahabat renung-renungkan kembali, apakah yang akan membantu kitab ketika di hari Perhitungan?. Adakah akhbar, novel atau majalah yang kita baca yang kita fikir mempunyai isu semasa? Renung-renungkanlah. Baru-baru ini terdapatnya satu kajian yang telah dijalankan ke atas Surah Ar-Rahman berkaitan dengan tahun 2012. 
Saya ingin berkongsi maklumat ini bersama-sama supaya kita mendapat Ikhtibar dan memuhasabahkan diri yang sering leka dan alpa ini.

Friday 23 December 2011

Oh! Permata

Permata Yang Dicari
Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa...

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh ,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk...

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa...

Engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

[Dehearty]

Lagu di atas ditujukan khas kepada wanita Muslim. Yang mana ia mempunyai maksud yang tersirat apabila kita hayati dan amati lirik lagu ini. Islam menjunjungi tinggi martabat wanita. Oleh sebab itulah wanita mendapat hak yang sempurna di dalam Islam sesuai dengan fitrah yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Dan tiada lagi kekurangan malah banyak kelebihan.
                Walaubagaimana sekali pun, wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu berbanding lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan di setiap ciptaanNya berpasang-pasang. Oleh itu, wanita diciptakan untuk lelaki bagi menjadi pendamping dalam kehidupan. Dan lelaki  telah diamanahkan untuk memimpin wanita disebabkan sifatnya yang lembut. Namun apa yang berlaku pada hari ini ialah wanita dilihat seperti tiada harga diri apabila banyak menimbulkan masalah yang bertentangan dengan Islam. 

Kes pelacuran

Pembuangan Bayi (anak luar nikah)

Pengkid

Sister in Islam (SIS)


Kesemua masalah sosial diatas melibatkan kaum wanita. Dan banyak lagi kes-kes yang melibatkan wanita. Mengapa mereka sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang telah terang dan jelas salah di sisi Islam? apakah kerana mereka kekurangan Ilmu agama? Dan sekiranya mereka kekurangan Ilmu agama di mana pemimpin mereka ( lelaki )untuk memperbetulkan kesilapan yang mereka lakukan? Tetapi bagaimana pula dengan Persatuan yang perjuangkan hak wanita tetapi menyeleweng daripada hukum Allah? Adakah kerana lelaki-lelaki tersebut telah dayus sehingga memandang semua ini sebagai sesuatu perkara yang remeh?
Wahai wanita sedarlah, bahawa Islam itu indah. Tiada ertikata pilih kasih dalam penciptaan Yang Maha Esa. Dialah yang Maha Mengetahui disebalik apa yang diciptakan. Oleh itu marilah kita sama-sama menambahkan ilmu untuk berusaha menentang masalah yang berlaku. Ini kerana wanita itu sama, dan hanya wanita sahaja merasai apa yang dirasakan oleh wanita. Akhir kalam Tambah Ilmu Mantapkan Iman


Monday 12 December 2011

Doa agar dipermudahkan Hisab

Setiap manusia akan merasakan mati cuma apa yang membezakannya adalah lambat atau cepat sahaja. Kematian datang tanpa mengira usia. Apabila di Arasyh Allah  bergoncang dan di Luh Mahfuz telah mencatatkan kehidupan kita sekadar matahari terbit sahaja, maka malaikat Izrail akan datang kepada kita untuk mencabut nyawa seperti yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Dengan memikirkan akan kematian, secara tidak langsung perasaan kita menjadi takut. takut akan pembalasan di atas setiap perbuatan yang telah kita lakukan selama di dunia. takut akan kehilangan segala-galanya contohnya orang-orang yang kita sayang, harta dan kerjaya. Tatkala itu akan timbul perasaan kenapa perlu untuk kita dihidupkan andai pengakhiran membawa kepada kesedihan sedemikian. Merasa alangkah baik jika diri ini tidak dilahirkan, maka tidak perlu untuk menanggung seksaan yang sakit lagi perit. Tapi bolehkah kita terfikir sebegitu?. Kufurkah Kita?. Semoga kita tidak pernah lagi mempersoalkan mengenai kenapa perlu kita dihidupkan.

Tujuan hidup manusia adalah mengabdikan diri kepada Allah. Manusia diciptakan sebagai Mahluk sebaik-baik penciptaan Allah dan untuk menjadi Khalifah bagi mentadbir bumi. Oleh itu setiap langkah dan gerak-geri kita perlulah sentiasa mengingati Allah swt sebagai Kuasa Yang Paling Agung. Ini kerana manusia ini mempunyai nafsu yang tidak pernah puas dengan apa dikecapi. Maka disitu akan menyebabkan mereka untuk melakukan sesuatu dil uar jangkaan yang berkemungkinan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt. Oleh sebab itu, perlunya kita untuk mengingati mati supaya apa kita akan sentiasa terhindar dari perkara yang dilarang. Dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah. Saidina Usman Affan berkata : "Ingatan terhadap perkara Akhirat akan mendatangkan ketenangan akhirnya, sementara ingatan terhadap dunia mendatangkan kegelisahan akhirnya...” Jadi, sekiranya takutkan kematian bertukar kepada sesuatu yang mendatangkan kegelisahan dan menghilangkan ketenangan maka ianya adalah perkara duniawi. Ia tentu sekali tidak akan mendekatkan seseorang kepada menghampiri Allah swt.

Kematian itu berlaku dengan pelbagai cara. Dan hari ini kematian sering dikaitkan dengan kemalangan jalanraya. Yang mana kemalangan itu juga disebabkan oleh sikap manusia yang cuai dan lalai kerana tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Ia melibatkan semua orang yang berada disekitar hanya disebabkan seorang yang cuai.
Sungguh menyayat hati bagi yang menyaksikannya.

Kematian tidak mengira Usia.

Oleh sebab itu kita sentiasa perlu berwaspada. sentiasa melakukan perkara yang diredhai Allah. Menjauhi apa yang dilarang itu merupakan suatu kewajipan setiap individu. Ini kerana Allah telah menjanjikan bahawa Hisab itu pasti ada dan tidak akan ada yang terlepas dari Hisab. Hisab adalah Allah swt menampakkan kepada manusia segala amalan mereka di dunia sama ada baik atau buruk dan memberikan balasan ke atas semua yang telah dilakukan.


Hisab itu dilakukan di dalam satu waktu, dan Allah swt sendiri yang akan melakukannya,
Firman Allah swt menyebutkan :
 
  • Maksudnya: “Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah
    ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami. Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya?” Dan mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Rabb-mu tidak menganiaya seorang juapun.
      (QS al Kahfi / 18 : 49)
Allah swt sememangnya menulis semua amalan hambaNya, yang baik maupun yang buruk, sebagaimana dalam firmanNya:
 
  • Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat balasannya pula.    (QS al Zalzalah / 99:7-8)
Kematian itu pasti datang.
Hisab seseorang itu akan dilakukan bergantung pada keadaan manusia semasa didunia. Andai banyak dia melakukan kebaikkan maka mudahlah hisab bagi dirinya dan jika sebaliknya maka amat sukarlah hisab yang akan Allah berikan kepadanya. Namun Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Yang mana terdapat doa yang boleh diamalkan supaya hisab kita dipermudahkan Allah disamping sentiasa melakukan segala amr ma'ruf dan nahi mungkar. Masukkan doa ini di dalam doa kita selepas setiap solat Fardu lima waktu. Semoga mendapat keberkatan di atas di atas usaha yang sedikit ini.

اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
Maksudnya: “Ya Allah, permudahkanlah perhitunganku.” (Al-Misykat no. 5562)

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Aisyah R.HA. bahawa Rasulullah saw. berdoa dalam solat Baginda dengan doa ini.
  
Semoga kita sama-sama dapat amalkan ya~~~

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Hadith 1:Berbakti kepada ibu bapa.
"عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبى صلى الله عليه وسلم:أي العمل أحب إلى الله تعالى؟قال:الصلاة على وقتها,قال:ثم أي؟ قال:ثم بر الولدين ,قال:ثم أي؟ قال:الجهاد في سبيل الله قال:حدثني بهن رسول الله صلى الله عليه وسلم ولو استزدته لزادني.
“Daripada Abdullah Ibnu Masu’d Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi saw, Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah swt :Nabi  saw Bersabda, Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi: Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa,Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah,Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

PENERANGAN HADITH:
Kita tidak akan mendengar di dunia mengenai kesungguhan dan keinginan kepada amal kebaikan melebihi atau setanding para sahabat Nabi saw. Mereka adalah golongan yang benar-benar mengetahui dan menyedari bahawa ilmu agama merupakan asas kepada semua kebaikan lalu tanpa berlengah mereka akan bersungguh-sungguh mempelajarinya dan bersungguh-sungguh mendengar. Sabda Nabi saw, mereka merupakan golongan yang paling mengetahui dan memahami Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi saw, Segala sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya akan terus diajukan pada Nabi saw. Keghairahan mereka kepada beramal melebihi keinginan mereka kepada ilmu, mereka sedaya upaya cuba mengikut segala amalan Nabi saw tidak kira sama ada dari ucapan atau amalan-amalan Nabi saw dan semua itu semata-mata mengharapkan pahala dan ganjaran dari Allah swt.
Di antara amalan-amalan terdapat amalan yang afdal dari amalan yang lain, dan mereka akan bertanya kepada Nabi saw apakah dia amalan yang terbaik untuk memperbanyakkan lagi amal kebaikan mereka. Selain dari hadith di atas ,banyak lagi contoh soalan yang diajukan oleh para sahabat kepada baginda Nabi saw yang mana menggambarkan betapa golongan sahabat amat ghairah kepada melakukan amal kebaikan.

RAHSIA DI SEBALIK TURUTAN AMALAN YANG DISEBUT DALAM HADITH.
1) Rasulullah menyebut solat sebagai amalan yang pertama kerana ia merupakan hak mutlak Allah swt dan hak Allah swt mendahului segala-galanya. Ini juga kerana Solat merupakan kewajipan setiap mukallaf sepanjang hayatnya kecuali mereka yang diberi kelonggaran oleh Allah swt dan sebagaimana yang kita ketahui manfaat solat khas kepada mereka yang bersolat.
2) Kemudian Rasulullah menyebut berbakti kepada ibu bapa sebagai amalan kedua yang dicintai Allah swt. Ini kerana Kedua ibu bapa merupakan sebab kewujudan anak-anak dan hak mentaati mereka berada selepas hak Allah swt. Manfaat berbakti kepada ibu bapa akan dirasakan oleh dua pihak .Pihak anak yang berbakti akan mendapat pahala ganjaran dari Allah  swt dan manfaat yang dinikmati kedua ibu-bapa yang dipelihara oleh anak-anak yang mana masa tua mereka terpelihara.
3) Yang terakhir disebut oleh Rasulullah adalah amalan berjihad di jalan Allah swt, ini adalah kerana berjihad hanya boleh dilaksanakan oleh seseorang yang ingin pergi berjihad dengan keizininan dari kedua ibu bapa dan berjihad merupakan amalan yang hukumnya adalah fardhu kifayah dan manfaatnya pula bersifat umum,meluas dan meliputi banyak sudut.

HUKUM BERBAKTI KEPADA IBU BAPA.
Berbakti kepada ibu dan bapa wajib keatas semua yang bergelar anak. Allah  swt mewajibkannya sebagaimana Allah swt mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir,sebagaimana Firma Allah swt di dalam surah Luqman ayat 15:
﴿وإن جاهداك على أن تشرك بى ما ليس لك به علم فلا تطعهما وصاحبهما فى الدنيا معروفا﴾
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak punyai ilmu tentang itu,maka janganlah engkau mentaati keduanya dan pergauilah keduanya dengan jalan yang baik.
Di dalam sebuah hadith yang menceritakan perihal Asma’ Abu Bakar yang bertanya pada Rasulullah adakah boleh dia berhubung dengan ibunya seorang musyrik,lalu Rasululullah membenarkannya.

MENGAPA KITA PERLU BERBAKTI KEPADA IBU DAN BAPA?
Ketahuilah wahai sesiapa yang bergelar anak, sesungguhnya kedua ibu-bapa adalah sebab kewujudan kamu di dunia,dan Allah swt telah memuliakan hak mereka keatas kamu. Allah swt meletakkan tanggungjawab berbakti kepada keduanya bersama dengan perintah beribadah dan mentauhidkan Allah swt. Bersyukurlah kepada Allah swt dan bersyukurlah pada kedua ibu bapamu,
firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 14:
﴿أن شكرلي ولولديك إلى المصير﴾
“Bersyukurlah kepadaku dan kepada orang tuamu,Hanya kepada aku kembalimu”
Ayat di atas menyeru kepada kita supaya bersyukur kepada Allah swt kerana nikmat diciptakan ke dunia dan nikmat dikurniakan iman, dan bersyukurlah kepada kedua ibu bapa kerana mendidik kita dan kerana mereka kita wujud di dunia.
Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu dan kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan, sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan balasan tidak kiralah balasan atau ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nantikan kematian mereka.
Sedarlah bahawa kita akan mendapat balasan daripada anak-anak kita kelak sebagaimana kita telah memperlakukan kepada kedua ibu bapa kita.

Nabi saw telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa, dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi saw:
  رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan sebab dapat masuk ke syurga dan juga merupakan cara yang membawa kita ke sana bahkan ia adalah sebaik-baik cara masuk ke dalamnya.
Berjihad di jalan Allah saw merupakan sebaik-baik amalan di sisi Allah swt tetapi Rasulullah lebih mengutamakan berbakti kepada ibu bapa dan ini dibuktikan melalui kisah seorang sahabat iaitu Abdullah bi Amru bin Al-Ash yang datang kepada Nabi dan memohon izin untuk ikut berjihad,lalu baginda nabi saw bertanya adalah ibu bapanya masih hidup, beliau menjawab ya masih hidup lalu Nabi saw menyuruh beliau pulang dan bersabda: Pada mereka berdua  iaitu ibu bapa ada jihad yang bermaksud berjihad menahan nafsu dan sabar dalam berbuat baik dan berbakti kepada keduanya.
 عن عبد الله بن عمرو بن العاص:جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأستأذنه في الجهاد,فقال:أحي والدك؟قال:نعم:قال:"ففيهما فجاهد .
Berbakti kepada kedua ibu bapa juga sebab kepada panjang umur serta luas dan bertambahnya rezeki.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw dalam satu hadith: “Barangsiapa yang suka umurnya dipanjangkan dan bertambah pada rezekinya maka berbaktilah pada kedua ibu dan bapa serta hubungkanlah silaturahim”

 Bahkan ada Ulama yang menyebut bahawa berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa-dosa iaitu dosa-dosa besar. Telah berkata Imam Ahmad ibnu Hambal: Sesunggunya berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa-dosa besar.
Berbakti kepada ibu bapa juga dapat menghilangkan kesulitan dan diperkenankan doa. Menurut hadith yang panjang yang menceritakan tentang 3 orang lelaki dari Bani Israil yang pergi berlindung dari hujan dalam sebuah gua,lalu kerana hujan turun dengan lebat dengan izin Allah menyebabkan seketul batu yang besar jatuh di depan pintu gua lalu menutupnya dan mereka terhalang untuk keluar,lalu ketiga-tiga mereka berdoa dengan bertawasul amal kebajikan yang telah mereka lakukan kepada Allah swt, salah seorang dari mereka bertawasul dengan menyebut baktinya kepada orang tuanya,diriwayatkan lelaki ini menyebut bahawa kedua orang tuanya tinggal bersamanya dan setiapa kali sebelum tidur kedua orang tuanya akan minum susu dan dia sendiri yang akan menghidangkan kepada orang tuanya,pada satu malam dia terlewat pulang dan mendapati kedua orang tuanya telah tidur,dia sangat tidak sampai hati mengejutkan kedua ibu bapanya itu lalu berdiri di samping orang tuanya itu sambil memegang gelas yang berisi susu sehingga pagi dan setelah kedua orang tuanya bangun barulah dia memberikan susu kepada mereka.Berkat berbakti kepada ibu bapa dengan izin Allah swt batu yang menghalang pintu gua bergerak sedikit,dan berkat gabungan amal soleh mereka bertiga akhirnya mereka dapat keluar dengan selamat dari gua tersebut.

CARA UNTUK KITA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA.
Berbakti kepada ibu bapa adalah berbuat baik kepada mereka, sentiasa memberikan kebaikan dan sedaya upaya menghalang perkara buruk dari menimpa mereka.
1)   Taat kepada mereka hanya pada yang bukan maksiat pada Allah swt, 
jika diarahkan melakukan maksiat pada Allah janganlah kita taati kerana Tidak Dibenarkan Taat Pada Makhluk Pada Perkara-Perkara Maksiat Pada Allah.
2) Bertutur dengan lemah lembut dan merendahkan suara semasa bercakap dengan kedua ibu bapa.
Firman Allah swt dalam surah Al-Isra’ ayat 23-24 yang bermaksud:
“Maka sekali-kali janganlah engkau berkata “ahh” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku, Sayangailah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”
3)  Mempermudahkan hal nikah kahwin.
Kerana terdapat Ibu Bapa yang telah kematian pasangan dan merasa kesunyian ingin mencari pasangan adalah kita sebagai anak memudahkan hal yang dihajati jika ia menbawa kebaikan kepada mereka.

Tapi apa yang kita nampak pada hari ini, terdapat kes-kes yang melibatkan anak dan ibu bapa. yang mana terdapat anak sanggup memperlakukan ibu bapa mereka seakan ibu bapa tidak pernah memberika sebarang jasa kepada dirinya.
Sampainya hati anaknya.

Mengapa?

Apakah sebab dan musabab yang membolehkan anak yang telah dikandung oleh ibu selama 9 bulan 10 hari dan diberi didikan sanggup untuk berbuat sedemikian rupa kepada kedua ibu bapa mereka?. Adakah kesilapan atau kelopongan yang telag dibuat oleh ibu bapa sewaktu di dalam proses membesarkan anak mereka?. Apabila ditanya kepada ibu bapa, apakah yang diharapkan kepada anak-anak mereka, pasti jawapan yang tidak pernah tertinggal adalah melihat anak mereka hidup dengan gembira dan bahagia. Namun apabila kebahagian itu telah dikecapi oleh anak-anak mengapa kehidupan ibu bapa terabai malah lebih teruk sanggup membunuh?. Saya tinggalkan persoalan itu untuk kalian menjawab dengan hati yang ikhlas dan sejujurnya. 

Antara ibu bapa kita sedia maklum bahawa ibu yang perlu diutamakan berbanding bapa. Mengapa? 

Kerana pada asasnya kedua ibu bapa hak untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka adalah sama,tiada yang lebih dan kurang.T etapi ianya sesuatu yang mustahil untuk kita berbakti kepada dua individu dalam satu masa yang sama.  Satu contoh yang diberikan jika ibu mengarahkan anak membuat sesuatu pekerjaan pada masa yang sama ayah turut meminta anak membantunya,jadi dalam keadaan ini permintaan siapa yang patut didahulukan.
Jumhur Ulama telah menetapkan bahawa hak ibu lebih perlu diutamakan melebihi hak bapa,utamakan berbakti pada ibu dan bergaullah dengan lemah lembut. Ini adalah kerana di dalam sebuah hadith Rasulullah telah menyebut ibu sebanyak 3 kali dan ayah hanya sekali.Satu faktor lagi Rasulullah menyandarkan kalimah ayah dengan menggunakan kalimah "ثم" yang mana di dalam kaedah bahasa arab ianya membawa maksud turutan yang selepasnya.
عن أبي هريرة قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال:من أحق الناس بحسن صحابتي؟قال:أمك ,قال:ثم من؟ قال:ثم أمك قال:ثم من؟قال:ثم امك,قال ثم من؟قال :ثم أبوك (متفق عليه)

MENGAPA IBU LEBIH BERHAK?
Hak seorang ibu yang melebihi hak bapa adalah kerana apa yang telah seorang ibu terpaksa tanggung derita  sepanjang tempoh kehamilan dan membesarkan seorang anak, seorang ibu terpaksa melalui pelbagai rintangan sepanjang tempoh kehamilan,menjadi lemah kerana menanggung seoarng bayi di dalam rahimnya. Begitu juga sepanjang tempoh menyusu, waktu rehat ibu tertanggu dek tangisan si bayi yang tidak mengira waktu. Ayah pula hanya bertanggungjawab selepas itu yakni sama-sama membesarkan anak,memberi pendidikan dan nafkah.
Berdasarkan firman Allah Taala di dalam surah Al-Ahqaf ayat 15:
﴿ووصينا الإنسان بوالديه إحسانا حملته أمه كرها ووضعته كرها وحمله وفصاله ثلاثون شهرا﴾

Firman Allah taala dalam surah Luqman ayat 14:
﴿ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن شكرلي ولوالديك إلى المصير﴾

Di dalam sebuah Hadith yang menyebut hak berbakti kepada ibu yang lebih utama.

سئل النبي صلى الله عليه وسلم :أي الناس أعظم حقا على المرأة؟قال:زوجها.فعلى الرجل ؟قال :أمه.(رواه الحاكم  )

Berbakti kepada ibu bapa merupakan hal yang paling mudah berbanding ibu bapa yang memberi jasa dan budi kepada kita. Namun hal itu kini dianggap perkara yang paling susah dan beban yang paling berat kerana beranggapan bahawa ibu bapa sememangnya wajar memberikan apa sahaja yang dimahukan oleh anak berbanding anak yang memberikan ke atas keperluan ibu bapa. kalaulah permikiran ini terdapat di dalam diri kita, jelas sekali kita gagal dalam mendalami ilmu Islam. Yang mana amatlah tersia-sia kita menjadi serorang Muslim andai kita cetek dalam mendalami ilmu Allah apatah lagi perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
                          Janganlah pernah membiarkan airmata insan ini mengalir akibat tindakan kita yang salah kerana itu mengundang kemurkaan Ilahi..