Friday 6 January 2012

Aku Tak Sanggup Lah !!!!!!!

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Allah menciptakan manusia untuk menjadi hamba dan Khalifah dimuka bumi untuk mereka mentadbir sebaik mungkin berlandaskan syiar-syiar Islam. Di samping itu juga Allah menjuga setiap hambanya untuk mengukur sejauh mana keimanan hamba-hambaNya. Maka di sinilah hambaNya perlu wujud perasaan sabar dalam diri di atas setiap dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Terkadang manusia alpa sehingga mereka diuji bagi menyedarkannya tentang tujuan hidupnya. Sehingga ada yang merungut mengapa dia diuji sedemikian rupa. Sebagai contoh seorang pelajar merungut mengapa masalah air berlaku dikala waktu peperiksaan kenapa sebelum atau selepas peperiksaan. Masalah air membuatkan diri dia kacau dan risau untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan diduduki. Maka di situ wujud persoalan :

KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Diciptakan bersama kita adalah nafsu. Kita tidak boleh hidup tanpa nafsu. Nafsu sentiasa meminta dan tidak terbatas sedang semua hal di dunia ini adalah terbatas. Nafsu juga merupakan keinginan dalam diri, maka kita berdoa kepada Allah supaya keinginan kita sentiasa dapat ditunaikan. Dan apabila impian dan permintaan kita tidak ditunaikan maka wujud pula persoalan ini :

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216.

Maka akibat dari kita tidak mendapat apa yang kita hajati, kita merasa teramat kecewa dan merasakan ia merupakan sesuatu perkara yang sangat berat. Ujian yang terlalu beban untuk kita tanggung. Mengapa kita bukan orang lain?. Kita tidak mampu untuk menahan ujian seberat itu. Dan dalam diri kita wujud persoalan :

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” -Surah Al-Baqarah ayat 286

AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA !

LANTAS AL-QURAN MENJAWAB
“……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

Dan saat itu kita merasa tersangat kecewa dan frust kerana kita mendapat ujian sebegitu berat. Apatah lagu jika ujian itu mengenai hati dan perasaan kita. Mengenai cinta yang selama ini kita jaga akhirnya putus ditengah jalan. Dan kita mula berptus asa sehinggakan sanggup untuk mencari ajal sedangkan ajal itu belum tiba. Dan soalan ini perlu wujud dalam diri kita :

KENAPA RASA FRUST ATAU SANGAT KECEWA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yg beriman.” -Surah Al-Imran ayat 139




Jika kita seseorang yang patuh akan agama Allah, maka kita tidak akan pernah sanggup untuk mencari ajal sebelum pada waktunya. Sebaliknya kita cuba untuk menyelesaikan sebaik mungkin.  Menahan diri dari segala hasutan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa cuba untuk menjerumuskan kita ke lembah noda. Dan soalan ini perlu ada  dalam diri :

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45

Dan hanya Allah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu perasaan. Kerana hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk mengawal diri kita kerana Dia pencipta Yang Agung. Kita perlu untuk memuhasabah diri di atas kejadian yang menimpa kita. Apa yang kita perolehi dari Ujian yang Allah berikan



APA YANG AKAN AKU PEROLEHI DARI SEMUA INI?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diridan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? -Surah At-Taubat ayat 111

Dan dari itu, kita tanya diri, pada siapakah selama ini kita bergantung harap?  Tempat mengadu yang mana sekiranya kita bersungguh-sungguh Dia mampu untuk memberikan harapan itu kembali. Harapan yang mungkin akan membawa sinar bahagia dalam diri. Dan soalan ini yang sesuai

KEPADA SIAPA HARUS AKU LETAKKAN HARAPAN ?

AL-QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubat ayat 129

Sesungguhnya Allah swt. itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Oleh itu marilah kita menjadi hamba yang bersyukur, bersabar dan sentiasa redha dalam setiap keadaan, sama ada senang atau susah. Semoga Allah swt. akan memberikan balasan yang tidak tergambar indahnya di akhirat kelak… InsyaAllah. Tatkala kamu menghadapi kesusahan, ingatlah sesungguhnya ada ramai lagi orang yang menderita dengan kesusahan yang lebih dahsyat dari kita, dan tatkala kita mengalami kesenangn pula, ingatlah yang segalanya datang dari Allah swt dan ianya boleh hilang bila-bila masa sahaja. Segala puji bagi Allah swt pemilik sekalian alam ini.

Wednesday 4 January 2012

Tahun Baru Isu Baru.

Tahun Baru adalah tahun yang sentiasa di nanti-nantikan oleh setiap golongan masyarakat tidak kira apa juga lapisan umur. Mereka beranggapan bahawa tahun baru adalah majlis atau keraian yang sangat meriah kerana terdapatnya bunga api yang sangat menarik dan jarang sekali di jumpa pada hari biasa. Ini kerana setiap Negara akan memperuntukkan dan membelanjakan berjuta ringgit untuk membeli bunga api yang akan diletupkan khas pada hari yang indah itu. Tidak kurang juga tahun baru dianggap sebagai masa untuk memperbaharui azam untuk semangat yang akan datang. Tidak kira sama ada azam pada tahun yang telah ditanamkan berjaya dilaksanakan atau tidak. Apa yang penting mereka mempunyai azam baru sempena tahun baru. Apa yang ingin saya kongsikan adalah adakah mereka mengambil kesempatan untuk merenung dan memuhasabah diri pada masa kini yang juga merupakan akhir zaman. Sedang mereka  asyik meraihkan hari mempesonakan dengan pelbagai jenis bunga api yang sangat indah.



Bunga Api di Sidney dalam Pesta Kembang Api 

Bunga Api di Jakarta juga meriah kelihatan di Monas



Suasana Bunga Api di Kuala Lumpur



Akibat dari keindahan yang sementara dan tidak kekal lama mereka lalai dan terlupa perkara yang jauh lebih penting dari menyambut tahun baru dengan keindahan bunga api.Tapi sejauh manakah kita menghayati akan keindahan Anugerah Allah yang besar Hikmahnya iaitu Al-Quran. Di dalam Kitab Agung ini menceritakan segala perkara mengenai dunia. namun kitab inilah yang juga jarang disentuh dan di buka oleh kebanyakkan induvidu alasannya tidak pandai membaca. Pada hari ini manusia lagi gemar membaca cerita-cerita dan akhbar untuk mengetahui hal yang berlaku dan bagi menambah ilmu sedangkan kebanyakkan sumber bacaan yang di pilih adalah di dalam bahasa Inggeris. dan mengapa mereka mampu menguasai bahasa itu berbanding bahasa syurga yang terdapat di dalam Al-Quran. Apakah mereka sebenarnya sememangnya melebihkan duniawi berbanding ukhrawi?. 

Maka wahai sahabat renung-renungkan kembali, apakah yang akan membantu kitab ketika di hari Perhitungan?. Adakah akhbar, novel atau majalah yang kita baca yang kita fikir mempunyai isu semasa? Renung-renungkanlah. Baru-baru ini terdapatnya satu kajian yang telah dijalankan ke atas Surah Ar-Rahman berkaitan dengan tahun 2012. 
Saya ingin berkongsi maklumat ini bersama-sama supaya kita mendapat Ikhtibar dan memuhasabahkan diri yang sering leka dan alpa ini.