Monday 12 December 2011

Doa agar dipermudahkan Hisab

Setiap manusia akan merasakan mati cuma apa yang membezakannya adalah lambat atau cepat sahaja. Kematian datang tanpa mengira usia. Apabila di Arasyh Allah  bergoncang dan di Luh Mahfuz telah mencatatkan kehidupan kita sekadar matahari terbit sahaja, maka malaikat Izrail akan datang kepada kita untuk mencabut nyawa seperti yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Dengan memikirkan akan kematian, secara tidak langsung perasaan kita menjadi takut. takut akan pembalasan di atas setiap perbuatan yang telah kita lakukan selama di dunia. takut akan kehilangan segala-galanya contohnya orang-orang yang kita sayang, harta dan kerjaya. Tatkala itu akan timbul perasaan kenapa perlu untuk kita dihidupkan andai pengakhiran membawa kepada kesedihan sedemikian. Merasa alangkah baik jika diri ini tidak dilahirkan, maka tidak perlu untuk menanggung seksaan yang sakit lagi perit. Tapi bolehkah kita terfikir sebegitu?. Kufurkah Kita?. Semoga kita tidak pernah lagi mempersoalkan mengenai kenapa perlu kita dihidupkan.

Tujuan hidup manusia adalah mengabdikan diri kepada Allah. Manusia diciptakan sebagai Mahluk sebaik-baik penciptaan Allah dan untuk menjadi Khalifah bagi mentadbir bumi. Oleh itu setiap langkah dan gerak-geri kita perlulah sentiasa mengingati Allah swt sebagai Kuasa Yang Paling Agung. Ini kerana manusia ini mempunyai nafsu yang tidak pernah puas dengan apa dikecapi. Maka disitu akan menyebabkan mereka untuk melakukan sesuatu dil uar jangkaan yang berkemungkinan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt. Oleh sebab itu, perlunya kita untuk mengingati mati supaya apa kita akan sentiasa terhindar dari perkara yang dilarang. Dan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah. Saidina Usman Affan berkata : "Ingatan terhadap perkara Akhirat akan mendatangkan ketenangan akhirnya, sementara ingatan terhadap dunia mendatangkan kegelisahan akhirnya...” Jadi, sekiranya takutkan kematian bertukar kepada sesuatu yang mendatangkan kegelisahan dan menghilangkan ketenangan maka ianya adalah perkara duniawi. Ia tentu sekali tidak akan mendekatkan seseorang kepada menghampiri Allah swt.

Kematian itu berlaku dengan pelbagai cara. Dan hari ini kematian sering dikaitkan dengan kemalangan jalanraya. Yang mana kemalangan itu juga disebabkan oleh sikap manusia yang cuai dan lalai kerana tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Ia melibatkan semua orang yang berada disekitar hanya disebabkan seorang yang cuai.
Sungguh menyayat hati bagi yang menyaksikannya.

Kematian tidak mengira Usia.

Oleh sebab itu kita sentiasa perlu berwaspada. sentiasa melakukan perkara yang diredhai Allah. Menjauhi apa yang dilarang itu merupakan suatu kewajipan setiap individu. Ini kerana Allah telah menjanjikan bahawa Hisab itu pasti ada dan tidak akan ada yang terlepas dari Hisab. Hisab adalah Allah swt menampakkan kepada manusia segala amalan mereka di dunia sama ada baik atau buruk dan memberikan balasan ke atas semua yang telah dilakukan.


Hisab itu dilakukan di dalam satu waktu, dan Allah swt sendiri yang akan melakukannya,
Firman Allah swt menyebutkan :
 
  • Maksudnya: “Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah
    ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami. Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya?” Dan mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Rabb-mu tidak menganiaya seorang juapun.
      (QS al Kahfi / 18 : 49)
Allah swt sememangnya menulis semua amalan hambaNya, yang baik maupun yang buruk, sebagaimana dalam firmanNya:
 
  • Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat balasannya pula.    (QS al Zalzalah / 99:7-8)
Kematian itu pasti datang.
Hisab seseorang itu akan dilakukan bergantung pada keadaan manusia semasa didunia. Andai banyak dia melakukan kebaikkan maka mudahlah hisab bagi dirinya dan jika sebaliknya maka amat sukarlah hisab yang akan Allah berikan kepadanya. Namun Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Yang mana terdapat doa yang boleh diamalkan supaya hisab kita dipermudahkan Allah disamping sentiasa melakukan segala amr ma'ruf dan nahi mungkar. Masukkan doa ini di dalam doa kita selepas setiap solat Fardu lima waktu. Semoga mendapat keberkatan di atas di atas usaha yang sedikit ini.

اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
Maksudnya: “Ya Allah, permudahkanlah perhitunganku.” (Al-Misykat no. 5562)

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Aisyah R.HA. bahawa Rasulullah saw. berdoa dalam solat Baginda dengan doa ini.
  
Semoga kita sama-sama dapat amalkan ya~~~

No comments:

Post a Comment